in ,

Lantikan semula lenyapkan persepsi buruk terhadap Azam Baki – PAS

WhatsApp Image 2023 05 11 at 8.19.26 PM

Oleh Iskandar Zulkarnain

KUALA LUMPUR 11 Mei – PAS percaya pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melenyapkan segala persepsi buruk yang dilemparkan ke atas beliau sebelum ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Yassan berkata, Azam telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berkesan di institusi utama pencegahan rasuah negara itu sejak mula dilantik pada tahun 2020.

PAS menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong melanjutkan tempoh perkhidmatan beliau untuk tempoh masa satu tahun lagi.

lantik
Takiyuddin berharap, Azam terus memikul tanggungjawab dengan cemerlang dalam memastikan gejala salah laku rasuah dibendung di negara ini

“Walaupun pernah berdepan dengan beberapa dakwaan yang lebih berbentuk tohmahan salah laku termasuk berkaitan pemilikan saham dalam beberapa syarikat sebelum ini, PAS secara konsisten percaya.

“(Ia) sekali gus menghalang percubaan pihak-pihak berkepentingan untuk menimbulkan keraguan terhadap maruah dan integritinya secara peribadi dan SPRM sebagai institusi penting negara.

“Pelanjutan tempoh perkhidmatan beliau ini turut mengesahkan kepercayaan tersebut dan menolak persepsi buruk yang cuba dilontarkan terhadap beliau dan SPRM oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Azam dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh satu tahun berkuat kuasa 12 Mei ini.

Pelantikan Azam telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Azam dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Beebi Koya.

Pada masa sama, Takiyuddin berharap, Azam akan terus memikul tanggungjawab dengan cemerlang dalam memastikan gejala salah laku rasuah dibendung di negara ini.

“PAS mengucapkan tahniah dan berharap Tan Sri Azam akan terus memberi khidmat cemerlang beliau kepada negara, sekali gus memimpin SPRM ke tahap-tahap yang lebih membanggakan,” katanya lagi. – nasionalkini.my

KI5 1007 ★re

Mampukah UMNO galas tugas satukan Melayu, Islam? – Ismail Sabri

ezgif.com webp to jpg 2

Dua kanak-kanak nyaris maut dalam kebakaran di Batang Kali