in

Kereta, motosikal musnah dalam kebakaran bengkel

IMG 20230801 101446 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

PETALING JAYA, 15 September – Dua kereta dan lima motosikal musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di Blok B Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.44 pagi tadi.

“Seramai 20 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Damansara dan BBP Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran membabitkan sebuah bengkel di blok B PPR berkenaan yang terbakar 80 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kejadian itu menyebabkan dua kereta serta lima motosikal di dalam bengkel berkenaan musnah akibat terbakar.

“Kebakaran itu berjaya dikawal jam 5.08 pagi tadi dan tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian terbabit.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.- nasionalkini.my

IMG 20230830 110305 800 x 500 pixel

UMNO setia dalam Kerajaan Perpaduan

IMG 20230820 110227 800 x 500 pixel

Laporan awal nahas Elmina di laman sesawang MOT