in

Penjualan air akuarium berisiko terdedah bahan toksin, punca penyakit kronik

air akuarium
Tangkap layar gambar air balang 'hipster' dalam akuarium yang dimuat naik seorang pengguna di Facebook.

KUALA LUMPUR, 20 Julai –  Penjualan air balang menggunakan bekas akuarium jelas melanggar peraturan berkaitan Akta Makanan 1983 (Akta 281), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM 2009).

Prof Madya Dr Mohd Hasni Jaafar, Pakar Kesihatan Awam (Persekitaran), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, air yang dihidang menggunakan akuarium berkemungkinan besar dicemari bahan toksin berbahaya.

“Setiap bekas plastik yang dibuat adalah khusus mengikut penggunaannya. Terdapat lima jenis plastik yang sesuai digunakan untuk minuman dan dua jenis plastik tidak sesuai termasuk PVC ataupun nama lainnya Polyvinyl Chloride yang digunakan dalam pembuatan akuarium.

“PVC yang merujuk sebagai “racun plastik” mempunyai kandungan klorin cukup tinggi selain mengandungi bahan toksin lain antaranya logam plumbum yang bahaya kepada manusia,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial mengenai penjualan air balang yang diletakkan di dalam akuarium.

Mengulas lanjut katanya lapisan PVC yang terdapat dalam akuarium mampu meresap keluar dan menyebabkan kontaminasi kimia atau pencemaran pada air minuman yang disediakan.

Malah, berdasarkan kajian yang dijalankan bahan PVC itu boleh menyebabkan penyakit kronik termasuk kerosakan hati, masalah saraf, masalah mental dan kanser.

“Dengan menggunakan teleskop elektron, kita boleh melihat permukaan yang tidak rata pada punca penyambung akuarium,” katanya.

Atas dasar itu, beliau mengesyorkan supaya penjualan air menggunakan akuarium ini perlu dihentikan dan pengendali makanan perlu sedar tentang bahayanya penggunaan bekas makanan yang tidak betul.

Tegas beliau meskipun cuba berfikiran kreatif dan mencari kelainan namun perlu berhati-hati dalam penyediaan makanan agar ia tidak membahayakan nyawa dan kesihatan orang ramai. – nasionalkini.my

rina dagu

Kemunculan semula Rina Harun jadi bualan, ramai terpesona lihat dagu

scammer online resize

Wanita rugi lebih setengah juta terpedaya pelaburan saham dalam talian