in

Terpedaya skim pelaburan tidak wujud, warga emas rugi RM205,990

pelaburan

Oleh Arman Dhani Zafir

KUANTAN, 9 Mei – Seorang warga emas mengalami kerugian RM205,990 selepas terpedaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud yang dipromosikan melalui laman sosial Twitter.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa dikatakan mula tertarik dengan tawaran itu sejak 13 Mac lalu.

“Pada awalnya, mangsa membuka akaun permulaan bernilai RM2,000 untuk menyertai pelaburan tersebut bermula 17 April hingga 21 April lalu.

DatukRamliMohamed
Terpedaya skim pelaburan tidak wujud, warga emas rugi RM205,990 3

“Dia kemudiannya membuat transaksi sebanyak 11 kali ke nombor akaun berlainan yang diberikan suspek,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, mangsa menggunakan wang simpanan peninggalan mendiang suaminya untuk semua transaksi itu hingga mengakibatkan kerugian berjumlah RM205,990.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan tawaran pelaburan yang semakin berleluasa di media sosial.

“Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan menjanjikan keuntungan lumayan.

“Buat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima melalui pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi,” katanya. – nasionalkini.my

Ahmad Samsuri Mokhtar

PAS dedah ada nama besar bakal sertai PN

ezgif.com webp to jpg 22

KKD tubuh pasukan petugas laksanakan dwirangkaian 5G di Malaysia