in

PAS dedah ada nama besar bakal sertai PN

Ahmad Samsuri Mokhtar
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU, 9 Mei – PAS mendedahkan beberapa nama besar bakal menyertai Perikatan Nasional (PN), tidak lama lagi sekali gus diyakini mampu mengukuhkan parti tersebut.

Pendedahan berkenaan dibuat Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar namun tidak memperincikan secara jelas latar belakang invidivu berkenaan.

“InsyaAllah ada nama besar yang akan sertai PN dan kita sedang menyusun gelombang ini di seluruh negara,” katanya.

Terdahulu beliau yang juga menteri Besar Terengganu ditemui pemberita ketika Majlis Hari Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Pantai Peranginan Kelulut, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Samsuri berkata, agihan kerusi DUN yang akan ditandingi calon PN di enam negeri melibatkan PAS, Bersatu dan Gerakan belum selesai.

Malah, akuinya perkara itu masih di peringkat rundingan lagi.

“Perbincangan terakhir agihan kerusi itu akan diadakan dalam tempoh terdekat selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kita akan cari ruang waktu yang sesuai dalam tempoh terdekat ini untuk kita duduk dan bincang agihan kerusi di enam negeri terlibat,” katanya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 09 at 6.23.41 PM

Perhilitan berjaya tangkap gajah liar mengganas di Hulu Seladang

pelaburan

Terpedaya skim pelaburan tidak wujud, warga emas rugi RM205,990