in

Tekanan hidup, masalah hutang punca jenayah meningkat

Gambar hiasan

Oleh Yusuf Shafie

STATISTIK jenayah kekerasan dan harta benda di Melaka menunjukkan peningkatan agak membimbangkan sejak awal tahun ini.

Antara kes jenayah yang menunjukkan trend membimbangkan adalah kes bunuh, rogol dan samun.

Jumlah kes terbabit dilaporkan meningkat lebih sekali ganda berbanding tahun lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, antara punca dipercayai menyumbang kepada peningkatan kes jenayah adalah akibat hutang dan tekanan hidup.

“Jenayah bunuh meningkat hingga 150 peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

“Tahun lalu kita merekodkan empat kes, tapi sekarang dah ada 10 kes.

“Begitu juga dengan kes samun menggunakan senjata, dulu (tahun lalu) kita terima 24 laporan, untuk tahun ini dah ada 45 kes atau peningkatan sebanyak 88 peratus,” katanya.

Zainol turut memaklumkan, jumlah kes rogol turut dilaporkan meningkat di Melaka sejak awal tahun ini.

Peningkatan kes jenayah rogol turut direkodkan di Melaka sejak awal tahun ini – Gambar hiasan

“Kes rogol pun meningkat berbanding 30 kes tahun lalu kepada 35 kes sehingga semalam direkodkan,” katanya lagi.

Di sebalik peningkatan banyak kes jenayah di negeri itu, Zainol tetap optimis bahawa pihaknya sentiasa sedia untuk membanteras kegiatan jenayah terus berleluasa di Melaka.

“Kes memang meningkat, tapi secara keseluruhan, jenayah indeks masih rendah berbanding tahun sebelumnya.

“Kes pecah rumah, mendatangkan kecederaan, samun tanpa senjata dan curi motosikal turun antara 7 hingga 7.5 peratus berbanding tahun lalu,” katanya.

Kontinjen Melaka bantu negeri terbabit PRN

Walaupun tugas untuk menjaga keselamatan negeri menjadi keutamaan polis kontinjen Melaka buat masa ini, namun mereka turut menghantar pegawai dan anggota bagi membantu negeri yang terbabit dengan pilihan raya negeri (PRN) bulan depan.

Zainol memaklumkan, seramai 900 pegawai dan anggota polis dari Melaka ditugaskan di beberapa lokasi, terutamanya di Negeri Sembilan.

“Jumlah yang kita hantar itu adalah 30 peratus dari jumlah keseluruhan kekuatan yang kita ada di kontinjen Melaka,” ujarnya.

bhspr03 1688356558
Gambar hiasan

Beliau bagaimanapun memberi jaminan penugasan untuk PRN itu tidak menjejaskan persediaan dan kemampuan polis kontinjen Melaka menjelang penganjuran Tahun Melawat Melaka 2023 (TMM2023), tahun depan.

“Penempatan dan penugasan mereka di PRN tidak memberi kesan terhadap persediaan kita untuk TMM2023, jadi tidak timbul masalah kekurangan pegawai dan anggota akibat PRN,” katanya.- nasionalkini.my

selangor.gov .my

Kerjasama selesaikan isu rumah terbengkalai

WhatsApp Image 2023 07 17 at 4.17.26 PM

Petani terselamat, pokok besar hempap rumah