in

KKD tubuh pasukan petugas laksanakan dwirangkaian 5G di Malaysia

ezgif.com webp to jpg 22

Oleh: Iskandar Zulkarnain

KUALA LUMPUR 9 Mei – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia membentuk satu pasukan petugas bagi memastikan kelancaran pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, pasukan berkenaan akan dipengerusikan secara bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha KKD, selain diurus setia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

5g in india benefits and features 1
Satu pasukan petugas akan ditubuhkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam memastikan kelancaran pelaksanaan rangkaian 5G

“Pelaksanaan rangkaian tersebut bakal mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk penghujung 2023 dan peralihan kepada model dwirangkaian pada awal 2024.

“Pasukan petugas ini akan turut dianggotai oleh pihak DNB dan pihak penyedia perkhidmatan termasuklah CelcomDigi, Maxis, Telekom Malaysia (TM), YTL Communications (YTL) dan U-Mobile serta pihak-pihak lain yang akan ditentukan dari semasa ke semasa.

“Adalah menjadi matlamat utama pasukan petugas ini untuk memantau rangka kerja dan pelan peralihan kepada model dwirangkaian 5G di Malaysia bagi menjamin keteraturan dan ketertiban pelaksanaannya dari aspek perundangan, teknikal dan kewangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

WhatsApp Image 2023 05 09 at 9.19.03 PM
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan rangkaian tersebut bakal mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk penghujung 2023

Sebelum ini, Fahmi berkata, kerajaan memutuskan untuk menukar model pelaksanaan 5G kepada dwirangkaian sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah Digital Nasional Bhd (DNB) telah mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju bahawa pelaksanaan 5G di bawah rangkaian tunggal akan diteruskan sehingga akhir 2023, manakala peralihan kepada model dwirangkaian akan dilaksanakan berpandukan syarat-syarat selari dengan amalan di peringkat global yang menawarkan kepelbagaian rangkaian. – nasionalkini.my

pelaburan

Terpedaya skim pelaburan tidak wujud, warga emas rugi RM205,990

WhatsApp Image 2023 05 09 at 9.24.19 PM

Malaysia Madani tekad main peranan signifikan dalam ASEAN – PM