in ,

Suami isteri nafi cedera anak tiri dengan parang, tukul besi

WhatsApp Image 2023 05 19 at 2.40.29 PM
Tertuduh Mohd Rahimi Kamarudin, 34 dan isterinya, Sharifah Nur Aziah Syed Murad, 38, mengaku tidak bersalah bagi semua empat pertuduhan termasuk mencederakan anak lelaki mereka menggunakan parang dan tukul besi tahun lalu.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 19 Mei – Seorang buruh dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas empat pertuduhan termasuk mencederakan anak lelaki mereka menggunakan parang dan tukul besi tahun lalu.

Tertuduh Mohd Rahimi Kamarudin, 34 dan isterinya, Sharifah Nur Aziah Syed Murad, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua empat pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.

Mengikut tiga pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK), kedua-dua tertuduh dengan sengaja secara bersama-sama menyebabkan cedera kepada Mohamad Nazim Izany Syamsudin, 13, menggunakan tukul besi dan parang.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah beralamat No 90-1, Batu 4 1/2 Lorong Medang, Jalan Pulau Gadong, Klebang Besar di sini antara akhir Januari hingga awal Februari 2022.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun atau denda atau dengan sebat atau mana-mana daripada dua hukuman itu mengikut Seksyen 324 KKn dibacakan bersama Seksyen 326A dan Seksyen 34 kanun sama.

Kedua-dua tertuduh turut berdepan satu pertuduhan sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak sama telah mengabaikan atau mendedahkannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Perbuatan itu dilakukan di rumah alamat No 7, Jalan Belimbing 4, Taman Widuri, Bachang, di sini pada kira-kira pukul 12 tengah malam awal Februari hingga 7 Februari 2022.

Sabit kesalahan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama.

Hakim Darmafikri membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM40,000 untuk semua pertuduhan dan bersetuju dengan syarat tambahan pendakwaan selain pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah.

Kes akan disebut semula 20 Jun ini bagi mendapatkan laporan psikiatrik mangsa. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 19 at 2.04.40 PM

Dagangan Malaysia susut 14.5 peratus kepada RM198 bilion pada April – MITI

IMG 20230519 WA0029

Guru didakwa amang seksual, simpan video lucah