in ,

Polis tahan tiga individu termasuk pengurus taska, kes dera kanak-kanak

Untitled 1 3

IPOH, 10 Julai – Polis menahan tiga wanita termasuk pengurus dan guru taska bagi membantu siasatan kes lima bayi dan kanak-kanak yang disyaki didera di sebuah taska di Taman Meru Perdana 2, di sini.

Difahamkan tiga suspek berkenaan dihatan Jumaat lalu semasa rakaman percakapan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Ipoh susulan laporan polis yang dibuat seorang daripada bapa mangsa pada Khamis lalu.

Memetik laporan BH, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, bapa kepada kanak-kanak perempuan, berusia 31 tahun itu yang mendapati anaknya yang berumur dua tahun itu cedera di bahagian lengan kiri ketika diambil dari taska terbabit dan mengsyaki ianya akibat didera.

“Susulan itu tiga suspek berkenaan berusia antara 26 hingga 51 tahun ditahan reman tujuh hari bermula kelmarin hingga 14 Julai ini bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, sehingga kini polis menerima sebanyak lima laporan polis daripada ibu bapa, membabitkan lima orang kanak-kanak dalam lingkungan umur setahun hingga dua tahun yang dijaga oleh pihak taska berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kerana menganiayai kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal. – nasionalkini.my

IMG 20230710 WA0050

Mayat dua lelaki dibunuh dibuang dalam semak

WhatsApp Image 2023 05 10 at 6.06.30 PM

Polis akan rakam percakapan Hadi, Guan Eng