JOHOR BAHRU 18 Mei – Polis Johor sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, sebelum diserahkan kepada pihak pendakwa raya.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tahanan reman terhadap wanita yang berusia 21 tahun akan bersambung lagi bagi memastikan siasatan terperinci dan bukti lanjut.
“Kami akan menyambung reman bagi melengkapkan siasatan dan sedang mengumpul bukti kukuh, apabila sudah selesai termasuklah pihak perubatan. Kita akan bawa kertas kepada pihak pendakwa raya,” ujarnya.

Katanya lagi, pihaknya masih meneruskan siasatan berhubung perkara itu.
Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan diterima oleh mana-mana ibu bapa berhubung kes dera
“Tiada laporan baharu diterima oleh mana-mana ibu bapa berhubung kes dera sama ada membabitkan individu yang sama atau sebaliknya,”ujarnya.
Awala minggu lalu, tular dua video di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang perempuan mengasari seorang bayi yang sedang menangis ketika berada dalam jagaan pusat asuhan.Bagaimanapun, keesokan harinya polis menahan wanita tempatan untuk membantu siasatan kes mengasari bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, mengikut Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-kanak 2001. – nasionalkini.my