in ,

Taska yang terlibat kes dera ditutup serta-merta

taska

JOHOR BAHRU,16 Mei – Operasi taska yang dipercayai terlibat dalam kes penderaan dua bayi di Mutiara Rini, Skudai ditutup serta-merta berikutan disahkan tidak mempunyai lesen.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail berkata, dua cawangan lain taska itu di Jalan Abdul Samad dan Gelang Patah turut ditutup dan pihaknya telah meninjau taska berkenaan.

Malah telah mengadakan pertemuan dengan pengusaha bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Saya dapati taska berkenaan belum mendapatkan lesen daripada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) kerana belum menerima kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan bomba.

Kalau tiada kebenaran daripada tiga pihak ini, JKM memang tidak boleh keluarkan lesen. Sebelum ini pun kita dah nasihatkan supaya tidak beroperasi tanpa lesen tapi pengusaha berdegil dan tetap beroperasi juga.

“Ketiga-tiga rangkaian taska berkenaan ditutup serta-merta oleh JKM negeri di bawah Seksyen 20a Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984,” katanya selepas melakukan lawatan ke taska berkenaan, hari ini.

Jika sabit kesalahan, pengusaha taska tersebut boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, Khairin-Nisa dimaklumkan, pengusaha tersebut dipercayai telah memohon lesen awal tahun ini tetapi belum mendapat lesen tersebut dan  telah beroperasi secara haram selama tiga hingga empat bulan ini.

“Saya menasihati ibu bapa yang menghantar anak-anak ke taska supaya menyemak sendiri dengan JKM sama ada tempat yang dihantar mempunyai lesen menjaga kanak-kanak,” katanya.

suspek dera
Pengasuh berkenaan diiringi polis di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 48 saat dan 39 saat menunjukkan suspek dilihat mengangkat mangsa pada ketinggian sederhana sebelum dilepaskan beberapa kali dipercayai geram kerana mangsa menangis berterusan, manakala video kedua, suspek telah menepuk kepala mangsa beberapa kali selain turut meniup muka mangsa.

Suspek bagaimanapun direman selama empat hari untuk siasatan lanjut. – nasionalkini.my

panas 1

Amaran cuaca panas tahap satu di 8 kawasan

WhatsApp Image 2023 05 16 at 9.04.46 PM

Isu kalimah Allah: Menteri beri jaminan akan bekerjasama dengan KDN