KUALA LUMPUR 9 Jun – Seorang lelaki yang dipercayai mendera anak teman wanitanya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, di sini, berjaya ditahan polis, malam tadi.
Memetik laporan BH, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, DSP Saralathan Duraisamy berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di Jinjang, Sentul.
“Polis akan memohon perintah reman di mahkamah hari ini,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, siasatan lanjut akan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. – nasionalkini.my