in

Dalang sindiket penipuan cuba rasuah polis kena reman

Gambar hiasan

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 2 Jun – Seorang lelaki dipercayai dalang sindiket penipuan direman enam hari di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini.

Suspek direman bagi membantu siasatan kes cubaan merasuah seorang pegawai kanan polis sebanyak RM60,000 bagi melepaskannya dalam kes penipuan.

Perintah reman itu terhadap suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas dipohon pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek ditahan jam 10.40 malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.

Mahkamah membenarkan suspek direman enam hari sehingga 7 Jun ini.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap diiringi pegawai SPRM tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka kira-kira pukul 8.30 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Sementara itu Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek. – nasionalkini.my

DBKL sita premis warga asing

IMG 20230602 WA0005

Rezeki berganda pengusaha tembikai