in

Mahu tingkatkan penggunaan EV, Selangor sasar 1,000 stesen pengecasan

EV
Kira-kira 1,000 stesen pengecasan kenderaan elektrik akan dicapai menjelang hujung tahun ini.

Oleh Aliah Ramli

KUALA LUMPUR, 21 Julai –  Selangor menyasarkan untuk  menyediakan kira-kira 1,000 stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) menjelang hujung tahun ini. 

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, langkah itu bagi menggalakkan lebih ramai pengguna beralih kepada kenderaan elektrik bagi mengurangkan pembebasan karbon. 

Katanya, kenderaan antara penyumbang terbesar  kepada pembebasan karbon  yang menyebabkan pencemaran udara. 

“Kita kena akan atasinya kerana menjelang 2030, kita sasar mengurangkan pembebasan karbon sebanyak 45 peratus. 

“Target 2050 pula ialah ke arah sifar pembebasan karbon . Kita kena bermula daripada sakarang untuk mencapai sasaran tersebut,” katanya.

ketika ini terdapat 102 stesen pengecasan kenderaan elektrik di Selangor dan usaha meningkatkan kemudahan itu sedang dipergiat terutama membabitkan kawasan Lembah Klang termasuk Shah Alam, Petaling Jaya, Ampang Jaya dan Subang Jaya. 

“Perbincangan sedang berjalan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) selain penganjuran bengkel membabitkan 12 PBT di Selangor untuk penyediaan kemudahan itu. 

“Kerajaan negeri merancang untuk seragamkan sistem dan harga menggunakan hanya satu aplikasi kepada semua PBT bagi tujuan konsistensi,” katanya. 

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan syarikat kenderaan elektrik, Tesla Inc akan  membuka ibu pejabat, pusat servis, dan pusat pengalaman di Selangor pada tahun ini.

Antara lokasi yang telah dikenal pasti sebagai tapak operasi itu ialah di daerah Petaling serta Sepang. – nasionalkini.my

1,000 stesen cas kenderaan elektrik di Selangor, tahun ini

Aliah Ramli

KUALA LUMPUR,, 21 Julai-  Selangor menyasarkan untuk  menyediakan 1,000 stesen pengecasan kenderaan elektrik menjelang hujung tahun ini. 

Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, langkah itu bagi menggalakkan lebih ramai pengguna beralih kepada kenderaan elektrik bagi mengurangkan pembebasan karbon. 

Katanya, kenderaan antara penyumbang terbesar  kepada pembebasan karbon  yang menyebabkan pencemaran udara. 

“Kita kena akan atasinya kerana menjelang 2030, kita sasar mengurangkan pembebasan karbon sebanyak 45 peratus. 

“Target 2050 pula ialah ke arah sifar pembebasan karbon . Kita kena bermula daripada sakarang untuk mencapai sasaran tersebut,” katanya.

ketika ini terdapat 102 stesen pengecasan kenderaan elektrik di Selangor dan usaha meningkatkan kemudahan itu sedang dipergiat terutama membabitkan kawasan Lembah Klang termasuk Shah Alam, Petaling Jaya, Ampang Jaya dan Subang Jaya. 

“Perbincangan sedang berjalan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) selain penganjuran bengkel membabitkan 12 PBT di Selangor untuk penyediaan kemudahan itu. 

“Kerajaan negeri merancang untuk seragamkan sistem dan harga menggunakan hanya satu aplikasi kepada semua PBT bagi tujuan konsistensi,” katanya. 

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan syarikat kenderaan elektrik, Tesla Inc akan  membuka ibu pejabat, pusat servis, dan pusat pengalaman di Selangor pada tahun ini.

Antara lokasi yang telah dikenal pasti sebagai tapak operasi itu ialah di daerah Petaling serta Sepang. – nasionalkini.my

sprm 1

SPRM tahan seorang lagi individu berhubung rasuah, salah kuasa REE di Kedah

zahid

PRN: BN umum tanding di 108 DUN,  tampil 63 peratus muka baharu