in

Polis Kelantan berjaya cekup suspek curi beg

polis kel

KOTA BHARU, 10 Mei – Polis Kelantan berjaya memberkas seorang lelaki yang merupakan suspek utama kerana didakwa mencuri beg silang milik seorang jemaah semasa menunaikan solat di Masjid Muhammadi, kira-kira dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata, penahanan suspek yang berusia 39 tahun itu dibuat kira-kira pukul 3 petang semalam sejurus selepas menyamun mangsa kedua iaitu seorang pesara kerajaan yang sedang memancing di Sungai Budor, Kampung Sungai Keladi.

ezgif.com webp to jpg 24
Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud

Katanya, hasil siasatan mendapati, warga emas yang berusia 68 tahun itu  memancing seorang diri di sungai berkenaan kira-kira pukul 11.40 pagi.

“Suspek secara tiba-tiba menghampiri mangsa dan menekan kepala warga emas itu sehingga menyebabkan dia terjatuh dalam keadaan tertiarap.

“Suspek  kemudiannya bertindak mengambil barangan milik mangsa sebelum melarikan sebuah kereta Proton Saga yang dinaiki warga emas itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

ezgif.com webp to jpg 25
Masjid Muhammadi lokasi pertama suspek mencuri beg silang ketika seorang jemaah menunaikan solat secara berjemaah.

Bagaimanapun Mohd Rosdi berkata, kira-kira sejam selepas menerima laporan sepasukan anggota Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) akhirnya berjaya menahan suspek ketika bersembunyi di kawasan semak bersama kereta mangsa di Kampung Sungai Keladi hanya satu kilometer dari lokasi kejadian.

Dalam pada itu Mohd Rosli menegaskan, suspek tersebut dikehendaki polis kerana mencuri beg seorang jemaah lelaki yang sedang menunai solat di Masjid Muhammadi di sini pada 26 April lalu.

Malah, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine.

Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan. – nasionalkini.my

Untitled design 14

Beri peruntukan kepada pembangkang – PAS

asean

Anwar bertemu 4 pemimpin ASEAN