in

Anwar bertemu 4 pemimpin ASEAN

asean
Anwar mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-42

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan pertemuan dengan empat pemimpin ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 yang berlangsung di Labuan Bajo, Indonesia, hari ini.

Katanya, dalam kunjungan hormat ke atas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, beliau menyampaikan hasrat Putrajaya selaku tuan rumah untuk melihat kehadiran dan keterlibatan Bandar Seri Begawan dalam Annual Leaders’ Consultation (ALC) tahun ini.

brunei
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dalam pertemuan di Labuan Bajo, Indonesia, hari ini. Facebook Anwar Ibrahim

“Selain itu, diskusi juga terarah kepada bidang pelaburan, penandaan tanah, kerjasama dalam kebudayaan dan pendidikan untuk dimanfaatkan kedua-dua negara,” katanya dalam catatan Facebook rasminya, malam ini.

Pada masa sama, Anwar  juga turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh dan menyatakan keterbukaan Malaysia menerima kehadiran delegasi mereka ke Putrajaya sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Katanya, pertemuan dengan Minh Chinh, turut menyentuh mengenai bidang pelaburan selain berharap isu pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia dapat ditangani dengan tegas.

Selain itu beliau juga sempat mengadakan pertemuan bilateral dengan rakan sejawat dari Laos, Sonexay Siphandone.

Dalam pertemuan berkenaan beliau  sepakat untuk lebih bekerjasama dalam bidang perbankan, program latihan pegawai dan diplomat selain pendidikan serta industri agrikultur.

Pertemuan berkenaan turut disertai dengan rakan sejawat dari Timor Leste, Taur Matan Ruak dan  mengulangi sokongan penuh berkaitan permohonan republik itu dalam keanggotaan keluarga ASEAN.

Anwar merupakan antara lapan ketua kerajaan daripada 10 negara anggota ASEAN yang menyertai sidang kemuncak itu kecuali Myanmar yang tidak dijemput selain Thailand yang menghadapi pilihan raya pada 14 Mei ini.

Sidang kemuncak berkenaan berlangsung selama dua hari mulai hari ini,dianjurkan untuk membincangkan beberapa isu kepentingan bersama kepada perkumpulan serantau tersebut.   -nasionalkini.my

polis kel

Polis Kelantan berjaya cekup suspek curi beg

20230510 230540

Pergolakan makin buruk, tentera dikerah ke Punjab