in

Penerima rasuah layak dilabel pengkhianat negara

Bagi minggu dagangan yang baru berakhir, mata wang tempatan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama di sepanjang hari dagangan - Gambar hiasan

SEPANJANG minggu lalu, beberapa siri tangkapan membabitkan pegawai dan anggota penguat kuasa dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang.

Tangkapan itu dilakukan bagi menyiasat tuduhan rasuah diterima mereka sejak tahun 2017.

Ada antaranya dipercayai menerima suapan bernilai lebih RM1 juta bagi tempoh itu.

Penahanan suspek, termasuk seorang pegawai kanan polis berpangkat ketua polis daerah, sangat merisaukan.

Walaupun pegawai kanan polis itu tidak dibenarkan ditahan reman oleh Mahkamah Majistret Kuantan pada 7 Jun lalu, namun ia bukanlah disebabkan alasan lain, kecuali berlaku kecuaian oleh pihak SPRM Pahang sendiri.

Alasan majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman ketika menolak permohonan reman oleh SPRM Pahang juga ada asasnya, kerana SPRM mengemukakan permohonan menggunakan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Sepatutnya permohonan dibuat mengikut akta SPRM sendiri – Seksyen 49 Akta SPRM 2009.

Namun, itu bukanlah perkara yang kita paling risau.

20230511 101730
Hukuman berat patut dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah terbabit dalam amalan rasuah dan salah guna kuasa – Gambar hiasan

Apa yang paling membimbangkan adalah, kenapa pegawai dan anggota penguat kuasa yang diberikan amanah untuk menjaga keselamatan dan menguatkuasakan undang-undang, sanggup mencabuli kepercayaan diberikan kepada mereka.

Adakah kerana gaji diperoleh masih rendah atau disebabkan godaan terlalu kuat untuk memperoleh laba mudah dengan kuasa yang ada.

Selepas penahanan pegawai kanan polis – yang gagal direman, SPRM kemudiannya menahan beberapa lagi pegawai dan anggota penguat kuasa pada 8 Jun lalu.

Mereka adalah tiga pegawai dan anggota polis, dua orang dari Jabatan Imigresen dan seorang orang awam.

Penahanan ini dibuat bagi membantu siasatan kes terdahulu, menerima suapan untuk melindungi pusat persundalan dan hiburan di sekitar Pahang.

Maka, kita tertanya juga, banyak lagikah pusat hiburan dan rumah urut yang beroperasi secara haram di negeri ini? – nasionalkini.my

2223386

Penyu ‘lemas’ di laman sendiri

IMG 20230610 WA0004

Janna Nick – Dini Schatzmann kini suami isteri