in

Kesetiaan Hatta dapat perhatian Anwar

IMG 20240325 003239 800 x 500 pixel
Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

KUANTAN, 25 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Kamarul Hatta, seorang otai reformis yang kini berdepan masalah kesihatan.

Menerusi catatan di Facebook, perdana menteri berkata, sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi, semalam, untuk membantu urusan harian dan perubatan Hatta.

“Mana mungkin saya lupa pengorbanan Hatta yang menjadi pendukung utama perjuangan reformasi di saat sukar mahupun senang.

“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah dan sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah,” katanya.

Turut sama dalam kunjungan itu adalah Penasihat PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman ; Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Zuraidi Ismail dan barisan pimpinan PKR Pahang.– nasionalkini.my

IMG 20230807 180911 800 x 500 pixel

Pegawai kanan polis lindung aktiviti haram direman

IMG 20240325 101508 800 x 500 pixel

Tahap kepekaan terhadap status halal perlu dipertingkatkan