KUANTAN, 24 Mac – Boleh dikatakan setiap kali bulan Ramadan, pelbagai pihak tampil dengan program bubur lambuk.
Ia juga menjadi tradisi di peringkat PKR Cabang Indera Mahkota.
Pimpinan dan ahli peringkat Cabang Indera Mahkota bergotong-royong memasak bubur lambuk di Kampung Bukit Ubi, dekat sini.
Program itu turut disertai ADUN Semambu, CK Chan dan Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Zuraidi Ismail.
Bubur lambuk itu kemudiannya diagihkan kepada penduduk sekitar.– nasionalkini.my