in

Buruh Filipina guna kad pengenalan orang lain dipenjara 12 bulan

WhatsApp Image 2023 05 10 at 4.25.50 PM
Tertuduh dijatuhi hukuman 12 bulan penjara di Mahkamah Majistret Melaka, Ayer Keroh, hari ini, selepas menggunakan pengenalan milik individu lain.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 10 Mei – Seorang buruh kontrak warga Filipina dihukum 12 bulan di Mahkamah Majistret Melaka, Ayer Keroh, hari ini, selepas didapati bersalah menggunakan kad pengenalan milik individu lain selama 15 tahun.

Majistret Nurul Asyikin Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ray Baintong, 45, mengaku bersalah terhadap tuduhan menggunakan kad pengenalan orang lain atas nama Sulaiman Hamran beralamat di Paya Rumput, Sungai Udang, di sini, pada pukul 11.50 pagi 27 Januari tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Terdahulu tertuduh dalam rayuannya, memohon hukuman ringan kerana mahu segera pulang ke negara asalnya.

Pegawai Pendakwa JPN, Ahmad Amirul Ahmad Jamal bagaimanapun meminta tertuduh dikenakan hukuman berat kerana pembabitan tertuduh dalam sindiket pembelian cabutan sijil kelahiran yang seterusnya mengakibatkan penghasilan Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas).

Maklumat MyKas itu kemudian digunakan tertuduh selama 15 tahun untuk mendapatkan pekerjaan, lesen memandu dan kemudahan untuk rakyat Malaysia iaitu vaksin dos 1,2 dan dos penggalak.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara terhadap tertuduh. – nasionalkini.my

345827786 1046614272984927 2985669290958440600 n

Raja Permaisuri Agong lancar platform e-dagang, SARAtage

mat sabu

Mat Sabu lantik lima pengerusi baharu di bawah kementeriannya