in ,

Peniaga lemang viral pukul pelanggan didenda RM500

WhatsApp Image 2023 05 30 at 3.25.34 PM
Syamudin Salleh, 41, diarahkan membayar denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini selepas mengaku bersalah memukul pelanggannya sendiri selepas berang dituduh menjual lemang mentah bulan lalu

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 30 Mei – Padah memukul pelanggannya sendiri selepas berang dituduh menjual lemang mentah, seorang peniaga diarahkan membayar denda RM500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu bulan lalu.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Syamudin Salleh, 41, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati dengan sengaja menyebabkan cedera kepada Shamuddin Jaamat, 62, di gerai lemang Pak Din, Jalan Bukit Beruang di sini kira-kira pukul 8 malam 21 April lalu.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu diringankan hukuman dengan alasan telah menyesal dan mengaku didorong perasaan marah apabila mangsa mencetuskan provokasi menuduhnya menjual lemang mentah ketika itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, J. Banusha bagaimanapun memohon hukuman setimpal mengambil kira mangsa adalah warga emas dan telah cedera pada tangan serta telinga kirinya.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM500 atau dua bulan penjara jika gagal.

Media pada 23 April lalu melaporkan, seorang peniaga lemang ditahan polis selepas disyaki memukul pelanggan dengan buluh lemang pada malam 21 April lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit dilaporkan berkata, penahanan peniaga terbabit dibuat selepas pihaknya menerima laporan polis daripada pesara tentera berusia 61 tahun yang juga pelanggan suspek mendakwa dipukul.

Jelasnya, siasatan kejadian dipercayai berpunca apabila suspek marah dengan tindakan pengadu yang mencampak lemang dan merakam video mengatakan gerai terbabit menjual lemang tidak masak. – nasionalkini.my

350693227 119085634525316 5911302422705603442 n

Agong zahir ucapan tahniah kepada Erdogan

Acryl Sani

Kertas siasatan tuntutan waris kesultanan Sulu dibuka