ISTANBUL, 30 Julai – Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan menggesa Denmark mengambil langkah segera menangani tindakan pembakaran al-Quran yang berlaku di negaranya sejak kebelakangan ini.
Katanya tindakan berkenaan perlu dikawal bagi mencegah jenayah kebencian terhadap Islam.
Menerusi panggilan telefon dengan rakan sejawatan di Denmark, Lokke Rasmussen, Hakan mengutuk sekeras-kerasnya apa yang dikatakan ‘serangan keji’ terhadap al-Quran dan tidak boleh menerima perbuatan berkenaan secara berterusan walaupun dilakukan atas dasar kebebasan bersuara.
Terdahulu, Rasmussem menerusi ciapan di Twitter berkata, Turkiye dan Denmark adalah rakan sekutu rapat dan menjadi satu keutamaan untuk tidak membiarkan perbuatan ini berjaya mewujudkan perpecahan.
Bagaimanapun, Rasmussen mendakwa, tindakan provokatif ituhanya dilakukan beberapa individu sahaja.
Kenyataan itu dibuat selepas sekumpulan aktivis anti-Islam membakar al-Quran di pejabat kedutaan Mesir dan Turkiye di Copenhagen, Selasa lalu. – Agensi