in

Aktivis anti-Islam provok bakar al-Quran di Denmark

quran 1
Turkiye kutuk serangan keji, gesa Denmark cegah jenayah kebencian

COPENHAGEN, 26 Julai – Sekumpulan aktivis anti-Islam bertindak membakar al-Quran di hadapan kedutaan Mesir dan Turkiye di Copenhagen semalam selepas protes sama di Denmark dan Sweden.

Tindakan berkenaan berterusan sejak beberapa minggu lalu dan  menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh negara.

Denmark dan Sweden berkata, pihaknya kesal dengan pembakaran kitab suci Islam itu tetapi tidak boleh menghalangnya di bawah peraturan yang melindungi kebebasan bersuara.

Minggu lalu, penunjuk perasaan di Iraq membakar Kedutaan Sweden di Baghdad.

Demonstrasi di Copenhagen oleh kumpulan yang dipanggil ‘Patriot Denmark’ susulan pembakaran al-Quran kumpulan itu diadakan pada Isnin dan minggu lalu di hadapan Kedutaan Iraq.

Dua insiden seperti itu telah berlaku di Sweden sejak sebulan lalu.

Jurucakap Kementerian Luar Mesir berkata, kementerian memanggil pihak berkuasa Sweden bagi mengutuk insiden membakar al-Quran.

Semalam, Kementerian Luar Iraq menggesa pihak berkuasa negara-negara Kesatuan Eropah (EU) ‘dengan cepat mempertimbangkan semula apa yang dipanggil kebebasan bersuara dan hak untuk berdemonstrasi’ dengan membakar al-Quran.

Kelmarin Turkiye pula berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya apa yang dikatakan sebagai ‘serangan keji’ terhadap al-Quran dan menggesa Denmark mengambil langkah yang perlu bagi mencegah ‘jenayah kebencian’ terhadap Islam ini.

Denmark telah mengutuk pembakaran itu sebagai ‘tindakan provokatif dan memalukan’ tetapi mengatakan pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menyekat penunjuk perasaan tanpa kekerasan.

Faisal Halim kena gantung empat bulan

Permaisuri, wanita pertama Filipina lawat Royal Selangor