in

Lagi tindakan biadab cemar al-Quran di Denmark

denmark bakar
Penduduk Islam menyaksikan kumpulan anti-Islam yang bertindak membakar salin al-Quran di hadapan sebuah masjid di Copenhagen.

COPENHAGEN, 10 Ogos – Kumpulan anti-Islam dan ultranasionalis Denmark semakin berani apabila meningkatkan lagi serangan ke atas al-Quran meskipun mendapat kecaman meluas.

Ahli kumpulan yang dipanggil ‘Danske Patrioter’ (Patriot Denmark), dilapor membakar salinan kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turkiye, Pakistan, Algeria, Indonesia dan Iran di Copenhagen.

Dalam provokasi tersebut, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan anti-Islam dan berlangsung di bawah pengawasan polis.

Sejak kebekangan ini sering disaksikan perbuatan membakar al-Quran, mencemarkan atau cubaan untuk berbuat demikian oleh tokoh atau kumpulan Islamofobia, terutamanya di negara Eropah utara dan Nordik.

Tindakan biadab itu sekali gus mencetuskan kemarahan negara Islam dan dunia.

Sabtu lalu, seorang wanita berkelahiran Iran, Firoozen Bazrafkan bertindak mengoyakkan naskhah al-Quran di hadapan Kedutaan Iran.

Dengan memakai t-shirt bertulis ‘Wanita, Hidup dan Kebebasan’, dia berkongsi rakaman perbuatan keji ke atas al-Quran itu dan mentakrifkan tindakan provokatifnya itu kononnya sebagai persembahan seni.

Susulan perkembangan itu, Penasihat Presiden dan Duta Besar Turkiye, Akif Cagatay Kilic mengutuk serangan di Denmark dan menyifatkannya sebagai manifestasi kejam. – Agensi

IMG 20230810 090605 800 x 500 pixel

8 sekeluarga pindah akibat banjir kilat

IMG 20230810 103433 800 x 500 pixel

Pencuci mulut Filipina di Indera Mahkota