in

Di manakah Sefuan Taha?

IMG 20230730 WA0014
Kehilangan mangsa turut ditularkan di media sosial dan usaha mengesannya sedang dilakukan.

PAPAR, 30 Julai – Pembantu bot dilaporkan hilang sejak seminggu yang lalu selepas keluar dari rumahnya di Taman Pengalat Besar Papar untuk ke tempat kerja pada pagi 23 Julai lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, mangsa dikenali sebagai Sefuan Taha, 33, bekerja sebagai pembantu bot di Jeti Sutera Harbour Kota Kinabalu.

“Mangsa juga tidak dapat dihubungi dan sehingga kini masih tidak dapat dipastikan di mana keberadaannya.

“Siasatan di tempat kerja juga mendapati, mangsa meninggalkan tempat kerjanya dengan menaiki motosikal pada jam 3.30 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamaruddin berkata, hasil temu bual dengan pengadu, dia ada berhubung dengan mangsa pada jam 5.50 petang 23 Julai lalu, namun sehingga kini tidak lagi dapat dihubungi.

“Usaha mencari dan mengesan mangsa sedang giat dilakukan oleh rakan sekerja, ahli keluarga dan pihak polis,” katanya. – nasionalkini.my

IMG 20230730 WA0008 1

UMP kini dikenali sebagai UMPSA 

quran 2

Turkiye gesa Denmark ambil tindakan segera tangani kes bakar al-Quran