in

Agong zahir ucapan tahniah kepada Erdogan

350693227 119085634525316 5911302422705603442 n

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan atas pemilihan semula sebagai Presiden Republik Turkiye.

Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar Malaysia dan Turkiye untuk terus bekerja rapat bagi membawa kemajuan dan kemakmuran untuk kedua-dua negara dan rakyatnya.

Istana dalam satu hantaran di Facebook rasmi memaklumkan Baginda juga telah berkenan mengutus warkah ucapan tahniah secara peribadi kepada Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan.

Pada tahun 2022, Turki merupakan rakan dagang serta destinasi eksport terbesar Malaysia dan sumber import keenam paling utama di kalangan negara-negara Asia Barat.

Malaysia dan Turkiye telah menjalin hubungan diplomatik sejak 1964. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 30 at 2.25.49 PM

Sektor sarung tangan getah Malaysia masih bergelut dengan pengeluar China

WhatsApp Image 2023 05 30 at 3.25.34 PM

Peniaga lemang viral pukul pelanggan didenda RM500