in

Tentera Israel ceroboh, bakar dan musnahkan harta benda penduduk Palestin

tentera
tentera Israel bertindak kasar ke arah penduduk palestin di hebron yang bertindak memusnah dan membakar kenderaan milik mereka.

HEBRON, 7 Ogos – Perkampungan Palestin diserbu peneroka haram yahudi yang bertindak zalim sambil memusnahkan harta benda penduduk.

Memetik laporan agensi Anadolu, puluhan penekora yahudi itu yang diiringi tentera Israel melakukan serbuan di Et-Tevane, di kawasan Mesafir Yatta di selatan Hebron.

Mereka bertindak membakar kenderaan milik rakyat Palestin dan menyerang individu yang membantah kezaliman  sehingga menyebabkan pertempuran dengan penduduk.

Tentera Israel turut campur tangan dengan menggunakan gas pemedih mata dan peluru bersalut getah terhadap umat Islam Palestin.

Mereka juga menembak mati seorang pemuda Palestin berusia 19 tahun, Qusai Mu’tan.

Terbaharu seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas seorang peneroka yahudi melanggarnya di perkampungan Kissan, timur bandar Baitulmaqdis.

Tebing Barat sepanjang tahun kerap menyaksikan serbuan dan serangan dilakukan oleh pendatang yahudi di bawah perlindungan tentera pengganas itu dalam usaha meluaskan tanah jajahan mereka. – Agensi

Nurul Hasrina bangkit lepas hilang kaki akibat kemalangan

YM 20151217 38 nik amar nik abdullah

Kerap turun Kedah, Kelantan ‘isyarat’ PM cemas hadapi PRN