in

Rumah pejuang Palestin diroboh tentera pengganas  Israel

tel aviv
Tentera Israel merobohkan bangunan kediaman pejuang Palestin menggunakan bahan letupan di perkampungan Nilin, Tebing Barat. - Foto AFP

TEL AVIV, 23 Mei – Tentera negara haram, Israel, terus bersikap kejam apabila merobohkan beberapa rumah penduduk Palestin yang terkorban dalam insiden tembakan di tengah Tel Aviv, Mac lalu.

Pasukan tentera pengganas berkenaan terlebih dahulu menyerbu kampung Nilin, sebelum merobohkan kediaman Mutaz Khawaja, yang terlibat dalam serangan tembak pada 9 Mac 2023 di Dizengoff Street, Tel Aviv.

Menurut kumpulan Islam Palestin yang memerintah Gaza, Mutaz, remaja berusia 23 tahun merupakan anggota sayap bersenjata Hamas Ezzedine al-Qassam Briged.

Dia ditembak mati oleh tentera pengganas Israel selepas menembak mati penduduk haram yahudi.

Kampung asalnya terletak berhampiran dengan Laluan Hijau yang memisahkan Israel dari Tebing Barat yang diduduki dan hampir 20 kilometer (12 batu) dari Tel Aviv.

Sementara itu, Datuk Bandar Nilin, Yusef Khawaja berkata tentera engganas Israel meminta semua penduduk blok pangsapuri empat tingkat itu meninggalkan rumah mereka sebelum merobohkan bangunan berkenaan pada waktu subuh.

Terdahulu, penduduk menaikkan potret besar Khawaja di tepi bangunan, memperingatinya sebagai ‘syahid’. – Agensi

Lelong2

JPJ Perak rekod kutipan RM487,750 hasil lelongan kereta sita

Putin kekal paling berpengaruh di Russia