KOTA BHARU, 7 Ogos – Kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar turun ke Kelantan dan Kedah kebelakangan ini memberi ‘isyarat’ beliau berada dalam keadaan cemas berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, hairan kesungguhan Anwar itu melebihi timbalannya yang sering turun padang bertemu rakyat.
Tindakn itu juga memberi kegusaran sekali gus menyebabkan Selangor yang kini berada dibawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) akan bertukar tangan selepas ini.
“Belum ada sejarah di negara ini apabila Perdana Menteri dilihat sibuk berkempen dan kebiasaan tugas tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri.
“Biasanya Timbalan Perdana Menteri kerap turun. Kalau turun pun, cukuplah sekali…tapi kali ini Perdana Menteri sendiri,” katanya seperti dipetik Utusan malaysia, hari ini.
Beliau turut memberi contoh era pemerintahan Tun Dr Mahathir yang tugas berkempen itu dilakukan oleh timbalannya.
“Kita tengok zaman Tun M Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi masa menjadi Perdana Menteri…mereka jarang turun,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia, hari ini.
beliau pada masa sama menyifatkan tindakan Anwar itu turut dilihat sebagai sesuatu yang pelik.
“Saya buat contoh gini, kalau kita Guru Besar, takkan kita nak masuk semua kelas untuk mengajar. Biasanya Guru Besar hanya memantau sahaja.
“Tapi…bila masuk kelas mengajar ini satu benda pelik,” ujarnya. – nasionalkini.my