in

Rakyat Palestin sokong serang Zionis

Gambar oleh Agensi

BAITULMAQDIS, 15 Disember – Hampir tiga daripada empat rakyat Palestin percaya serangan 7 Oktober lalu oleh HAMAS ke atas Israel adalah tindakan yang betul, dan perang yang menyusul serangan itu telah menarik sokongan terhadap kumpulan Islam itu di sana dan di Tebing Barat.

Menurut Pusat Kajian dan Penyelidikan Dasar Palestin (PCPSR), laporan yang diterbitkan menunjukkan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap warga Palestin semakin meningkat susulan serangan balas Israel terhadap Hamas, yang masuk bulan ketiga.

Sebanyak 72 peratus responden berkata, mereka percaya keputusan HAMAS untuk melancarkan serangan di sempadan selatan Israel adalah tepat berdasarkan hasilnya setakat ini, manakala 22 peratus berkata, ia tidak tepat.

HAMAS yang tekad untuk memusnahkan Israel, telah memerintah Gaza sejak berpecah dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) pada 2007.

PA menjalankan tadbir urus terhad di Tebing Barat.

PCPSR mendapati bahawa, berbanding sebelum perang, sokongan untuk HAMAS telah meningkat di Gaza lebih tiga kali ganda di Tebing Barat, yang telah menyaksikan tahap keganasan tertinggi dalam beberapa tahun, dengan pertempuran maut berulang antara tentera Israel dan Palestin.

Sementara itu, 52 peratus rakyat Gaza dan 85 peratus responden Tebing Barat atau 72 peratus responden Palestin secara keseluruhan menyuarakan kepuasan terhadap peranan HAMAS dalam peperangan.

Hanya 11 peratus rakyat Palestin menyuarakan kepuasan terhadap Presiden PA, Mahmoud Abbas.

Populariti Abbas telah menjunam di tengah-tengah kebuntuan hampir sedekad dalam rundingan tajaan AS berhubung penubuhan negara Palestin bersama Israel, lapor Reuters.

Serangan pada 7 Oktober lalu adalah ‘hari paling dahsyat’ bagi Israel dalam sejarah 75 tahunnya, dengan kira-kira 1,200 orang terbunuh dan kira-kira 240 orang telah diculik dan dijadikan tebusan ke Gaza, menurut pengiraan Israel.

Sekurang-kurangnya 18,608 rakyat Palestin, termasuk ribuan kanak-kanak bawah umur 18 tahun, telah terbunuh dalam perang di Gaza, menurut kementerian kesihatan wilayah itu.

Majoriti 2.3 juta penduduk Gaza telah kehilangan tempat tinggal akibat serangan Israel yang meluas.

Tinjauan PCPSR mendapati bahawa 44 peratus penduduk Gaza mengatakan mereka mempunyai makanan dan air yang cukup untuk satu atau dua hari, dan 56 peratus mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai bekalan cukup.

Hampir dua pertiga daripada responden Gaza atau 64 peratus berkata, seorang ahli keluarga mereka telah terbunuh atau cedera dalam perang.— nasionalkini.my

Singgah Ziarah jadual tetap Mohd Yazid

Cabaran luar biasa menanti misi keliling dunia