in

JPJ Perak rekod kutipan RM487,750 hasil lelongan kereta sita

Lelong2
Lelongan Awam melibatkan 41 kenderaan sita berjaya menghasilkan kutipan sebanyak RM487,750 di JPJ Perak pada Selasa. - Foto: ihsan JPJ Perak

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak merekodkan kutipan sebanyak RM487,750 hasil lelongan kenderaan sita di negeri tersebut.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata,  sebanyak 41 kenderaan yang telah disita atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 terlibat dalam lelongan awam itu.

“Daripada keseluruhan kenderaan yang dilelong itu, 35 daripadanya boleh dilesenkan dan enam lagi kenderaan tidak boleh dilesenkan.

lelong 1
Lelongan Awam melibatkan 41 kenderaan sita berjaya menghasilkan kutipan sebanyak RM487,750 di JPJ Perak pada Selasa. – Foto: ihsan JPJ Perak

“Kenderaan yang mendapat hasil lelongan tertinggi adalah kenderaan buatan Honda model Integra yang berjaya dilelong dengan harga RM41,500, manakala hasil lelongan terendah adalah motosikal dengan harga bidaan RM50,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dokumen lelongan awam telah mula dijual mulai 15 Mei hingga 19 Mei 2023 dengan harga RM70 senaskah, manakala bagi pemeriksaan awam pula JPJ telah membuka pagar kepada pembida pada tarikh sama bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari dan 2.30 hingga 4 petang.

“Seramai 47 pembida telah hadir dan mengambil bahagian dalam lelongan kali ini. Pembida yang berjaya membida kenderaan hendaklah menyelesaikan urusan pertukaran hak milik kenderaan yang berjaya dibida dalam tempoh tujuh hari dari tarikh lelongan selaras di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. -nasionalkini.my

emraz

EMRAZ beri jaminan bayar semula duit jemaah terjejas

tel aviv

Rumah pejuang Palestin diroboh tentera pengganas  Israel