in

Delegasi HAMAS tinggalkan Kaherah

Gambar oleh Reuters

KAHERAH, 8 Mac – Delegasi HAMAS meninggalkan Kaherah hari ini, namun pihak itu berikrar akan meneruskan rundingan gencatan senjata Gaza sehingga persetujuan dicapai dengan Zionis.

Bagaimanapun, seorang pegawai HAMAS menyalahkan Zionis berikutan proses tidak menunjukkan perkembangan memberangsangkan.

“Delegasi HAMAS meninggalkan Kaherah pagi ini untuk berunding dengan kepimpinan pergerakan itu.

“Ia bagi terus mengadakan rundingan dan sebagai usaha berterusan menghentikan pencerobohan (Zionis) serta mengembalikan orang yang kehilangan tempat tinggal dan membawa masuk bantuan kepada rakyat kita,” kata kenyataan HAMAS kepada Reuters.

Namun, pegawai kanan HAMAS, Sami Abu Zuhri, berkata Zionis ‘menggagalkan’ usaha untuk memuktamadkan perjanjian gencatan senjata yang diusahakan oleh perantara, Qatar dan Mesir selama empat hari rundingan yang diadakan di Kaherah.

Abu Zuhri memberitahu, Zionis menolak tuntutan HAMAS menamatkan perang, mengundurkan tentera dan membenarkan bantuan dengan bebas serta kepulangan orang yang dipindahkan.

Setakat ini, Zionis tidak memberikan sebarang ulasan mengenainya.– nasionalkini.my

Kadar OPR kekal 3 peratus

Hargai ketenangan di bulan Ramadan