in

Peneroka haram Israel serang petani Palestin

ezgif.com webp to jpg 20
Tentera Zionis mula menceroboh Selatan Nablus - Gambar oleh Agensi

TEBING BARAT, 8 Mei – Peneroka yahudi terus rakus menyerang petani Palestin yang tidak bersalah di kampung Jaloud dan Qaayout, selatan Nablus.

Ghassan Daghlas, yang memantau aktiviti penempatan di utara Tebing Barat itu berkata, peneroka haram berkenaan menyerang dua petani yang sedang melakukan tugas mereka di kampung Jaloud.

Malah, Ghassan yang dipetik portal middleeastmonitor.com menambah, peneroka berkenaan turut memotong tayar jentolak yang digunakan petani-petani berkenaan bagi mengelak meneruskan aktiviti pertanian yang dijalankan.

Di kampung Qaryout peneroka haram turut melakukan tindakan sama, menyerang secara kejam dan menghalang petani-petani di kawasan berkenaan bercucuk tanam.

Semalam, di kawasan sama tentera  rejim negara haram Israel merobohkan sebuah sekolah Palestin dengan alasan tidak mendapat permit bangunan.

Sekolah berkenaan yang terletak di Kawasan C di Tebing Barat berada di bawah kawalan tentera Israel sebelum ini pernah dirobohkan oleh tentera zionis pada 2017.

Namun, sekolah berkenaan dibangunkan semula hasil pembiayaan penduduk luar dan menempatkan lima bilik darjah dan 66 pelajar antara darjah satu hingga empat. – nasionalkini.my

saifudin

Tukar kerajaan: Tanya PM mana dia dengar

untold

PM tonton Anwar: The Untold Story disambut laungan Reformasi