in

Kadar OPR kekal 3 peratus

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Keputusan mengekalkan kadar penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit itu diputuskan pada mesyuarat kedua MPC BNM bagi tahun ini yang diadakan pada 6 dan 7 Mac.

BNM berkata, pada paras 3.00 peratus itu, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.

“MPC tetap berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya lapor Bernama.

Pada Januari sehingga Mac 2023, OPR dikekalkan pada kadar 2.75 peratus selepas empat kenaikan berturut-turut bermula Mei, Julai, September dan November 2022, dengan masing-masing meningkat 25 mata asas kepada 2.75 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Mesyuarat MPC seterusnya akan diadakan pada 8 dan 9 Mei depan.– nasionalkini.my

Miji Cromok sudah tiada

Delegasi HAMAS tinggalkan Kaherah