in

Hargai ketenangan di bulan Ramadan

IMG 20240312 130345 800 x 500 pixel
Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

KUANTAN, 12 Mac – Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus berkongsi harapannya untuk bulan Ramadan tahun ini.

Dia yang juga Ketua BERSATU Paya Besar berharap Kerajaan Perpaduan lebih membuka mata dan menjalankan tugas dengan baik.

“Saya cuma ingin lihat rakyat di Malaysia dapat hidup lebih selesa dan tidak terbeban dengan kos sara hidup.

“Sudah tentu kedatangan Ramadan tahun ini sangat dinantikan oleh semua lapisan rakyat dengan satu harapan yang tinggi,” katanya.

Mohd Yazid turut berkongsi di laman sosial Facebook miliknya mengenai program doa selamat dianjurkan pejabat ADUN Lepar, baru-baru ini.

Program itu turut dihadiri ADUN Panching, Mohd Tarmizi Yahaya.– nasionalkini.my

IMG 20240308 004832 800 x 500 pixel

Delegasi HAMAS tinggalkan Kaherah

IMG 20240313 201158 800 x 500 pixel

Bantuan peralatan sekolah diagihkan