in

Rakyat Malaysia ‘hilang’ di India selamat

IMG 20230713 083200 800 x 500 pixel
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sudah dimaklumkan bahawa kesemua mereka berada dalam keadaan selamat di Manali - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Sekumpulan rakyat Malaysia yang sebelum ini gagal dihubungi selepas hujan lebat melanda wilayah utara India, Ahad lalu, disahkan selamat.

Kementerian Luar memaklumkan maklumat terkini diperoleh mendapati hanya 10 rakyat Malaysia terkesan bencana itu dan bukan 12 orang seperti dilaporkan sebelum ini.

“Laporan awal menyatakan sekumpulan 12 rakyat Malaysia gagal dihubungi ahli keluarga berikutan fenomena hujan lebat melanda Wilayah Utara India pada 12 Julai 2023 sudah dikemaskini.

“Maklumat terkini diperolehi ialah 10 rakyat Malaysia terbabit, manakala dua lagi adalah rakyat China dan British,” katanya dalam kenyataan, hari ini, lapor Bernama.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua rakyat asing terbabit juga dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

“Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi ingin mengesahkan sudah dapat berhubung dengan salah seorang daripada 10 rakyat Malaysia itu.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sudah dimaklumkan bahawa kesemua mereka berada dalam keadaan selamat di Manali,” katanya.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230711 084654 800 x 500 pixel

2 beradik kembali ke sekolah lepas 3 minggu ‘ponteng’

IMG 20230713 093030 800 x 500 pixel

32 pasukan rebut Piala Sri Pahang