in

32 pasukan rebut Piala Sri Pahang

Bakat Seni Kreatif Kebangsaan 2023 akan diadakan 15 Julai ini di Auditorium JKKN Pahang, Jalan Teluk Sisek, Kuantan

KUANTAN, 12 Julai – Sebanyak 32 pasukan dari seluruh negara akan bersaing bagi merebut Piala Sri Pahang hujung minggu ini.

Piala itu ditawarkan bersempena penganjuran program Bakat Seni Kreatif Malaysia 2023 yang akan berlangsung pada 15 Julai di Auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Pahang, Jalan Teluk Sisek, di sini.

Pertandingan bakat itu mempertandingkan kategori solekan, model kanak-kanak dan pereka hiasan.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Razman Production dan menampilkan juri profesional juri profesional dari Jimmy Couture, Diyana Akademi dan Zulaika Natasha.

Pengurus Razman Production, Razman Ghazali dan Helta Surya Herman berkata, seramai 96 peserta dijangka mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Sebanyak 32 pasukan akan mengambil bahagian pada pertandingan itu

“Peserta yang menyertai Bakat Seni Kebangsaan 2023 datang dari seluruh negeri di Malaysia.

“Penaja utama pertandingan adalah Nurul Ezzah Mansor dari QSR Gold dan Datin Seri Kamshiah Nassir dari DSK, ” katanya.

Pertandingan itu juga turut mendapat sokongan penuh daripada JKKN Pahang, Tourism Pahang, Diyana Akademi, Merve Cosmetic dan Bouquet Ariany.

Turut menaja adalah Ratu Costume By Fara Fafa, Chinta Chandurie Bridal House, Adeq Catering & Canopy dan Zack Catering.

Juara bagi pertandingan akan menerima wang tunai RM3,000 dan hadiah iringan, tempat kedua menerima RM1,500 serta hadiah iringan dan RM1,000 serta hadiah iringan diterima pemenang tempat ketiga.

Selain itu pelbagai hadiah turut disediakan kepada peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan julung kali diadakan itu.- nasionalkini.my

Rakyat Malaysia ‘hilang’ di India selamat

Emy Nordin bina jenama dari bawah