in

Hina al-Quran: Wisma Putra panggil Duta Sweden

wisma putra 1
Duta Besar Sweden ke Malaysia, Dr Joachim Bergstrom, dipanggil bagi menzahirkan kecaman keras kerajaan Malaysia terhadap tindakan menghina kitab suci al-Quran di Stockholm, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Kementerian Luar hari ini memanggil Duta Besar Sweden ke Malaysia, Dr Joachim Bergstrom, bagi  menzahirkan kecaman keras kerajaan Malaysia terhadap tindakan menghina kitab suci al-Quran di Stockholm, 20 Julai lalu.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, dalam pertemuan itu, pihaknya menegaskan kebebasan bersuara perlu diamalkan dengan penuh tanggungjawab serta mengambil kira sensitiviti agama kepelbagaian komuniti antarabangsa.

“Kementerian ini menegaskan kembali bantahan dan kekecewaan Malaysia terhadap Kerajaan Sweden yang memberi kelulusan dan membenarkan tindakan menghina Al-Quran

“Tindakan berkenaan dilakukan berulang kali di Sweden dengan alasan kebebasan bersuara.

“Walaupun cubaan membakar Al-Quran itu gagal, tindakan provokatif memijak kitab suci ini tetap mengakibatkan kegusaran dan menyinggung jutaan umat Islam seluruh dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Sweden juga digesa supaya menilai semula pelaksanaan konsep kebebasan bersuara dan mengambil langkah segera  untuk menamatkan ‘Islamofobia berstruktur.’ – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 02 at 9.05.31 PM 1

Peruntukan tambahan diluluskan bagi naik taraf fasiliti kesihatan Langkawi

20230602 092923

3 suspek bakar bengkel ditahan