in

Akaun BERSATU tak patut kena beku

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

KOTA BHARU, 27 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melepaskan sitaan ke atas dua akaun BERSATU selepas disahkan tiada kertas siasatan dibuka.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata pihaknya sejak awal menyatakan sumbangan atau dana diterima ketika PRU-15 bukan dari syarikat judi.

“Oleh itu, sewajarnya akaun BERSATU dibebaskan kerana parti kami tidak menghadapi apa-apa tindakan mahkamah.

“Parti juga adalah entiti berbeza daripada presiden parti yang berdepan kes di mahkamah.

“Jadi secara logiknya, kenapa akaun parti yang perlu disita dan apa dosa ahli BERSATU dalam masalah ini?,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sembang Santai Pesanan Menuju PRN Kelantan, lapor BH.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata, dakwaan PN memperoleh dana politik dari syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya adalah fitnah dan tuduhan serius.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal berkata, Perikatan Nasional (PN) dalam proses memuktamadkan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Calon baharu juga akan diketengahkan termasuk daripada Angkatan BERSATU Anak Muda (ARMADA) dan Srikandi, termasuk yang pernah berkhidmat untuk kerajaan,” katanya. – nasionalkini.my

IMG 20230527 152400 6 x 4 inch

Tak guna ada duit kalau tak ada ‘otak’ – TMJ

IMG 20230527 223902 6 x 4 inch

Sultan Nazrin berkenan rai pengamal media