Oleh Hajidah Miharbi
KUALA LUMPUR, 27 Mei – Penyanyi Shila Amzah, 33, selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya, Ubai MZ, 25 rahun, hari ini.
Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah mula rapat dengan Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli sejak Januari lalu.
Berita gembira itu dikongsi Shila menerusi Instagramnya (shahilaamzah) petang tadi.
Dalam hantaran itu kelihatan foto Shila dan Ubai yang mengenakan pakaian sedondon warna ungu, duduk di atas pelamin.
“Alhamdulillah, terima kasih buat semua kawan-kawan yang tolong kita orang ‘settle’ majlis ini.
“Ubai and me wanted an intimate engagement ceremony. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Terlebih terkurang dari pihak keluarga Sha, kami minta maaf ya.
“Dan yang terakhir, terima kasih buat semua yang mendoakan kami. Semoga kami kuat menghadapi segala apa yang mendatang,” tulis Shila di Instagramnya.
Ramai rakan artis yang mengucap tahniah atas pertunangan penyanyi itu. Antara yang mengucapkan tahniah adalah Anuar Zain, Liza Hanim, Kaka Azra dan Catriona Ross.
Sebelum ini, penyanyi lagu Jauh Hati, itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, bagaimanapun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari tahun lalu.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais. – nasionalkini.my