in

Sekadar aksi pemanas badan

Pemain KL City FC akan melayan kunjungan Terengganu FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini

JOHOR BAHRU, 3 Julai – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mengingatkan anak buahnya memberi tumpuan penuh ketika menerima kunjungan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Solari memberitahu, kemenangan 3-0 pada pertemuan lalu tidak seharusnya menjadi ukuran kejayaan setelah pasukan itu kini berada di prestasi terbaik mereka.

Katanya, skuad The City Boys itu pasti mempunyai perancangan tersendiri ketika berdepan skuad bimbingannya dalam ­usaha untuk mencipta kejutan ke atas JDT.

“Saya melihat KL City FC sebagai pasukan berbeza ketika ini berbanding pertemuan sebelum ini.

“Mereka tampak lebih mantap dan lebih bersemangat.

Aksi menarik dijangka bakal disaksikan penyokong JDT dan KL City FC untuk aksi Liga Super malam ini

“Pemain KL City juga dilihat sentiasa beraksi dengan penuh berkeyakinan terutamanya apabila menentang pasukan handalan seperti menewaskan Terengganu (FC), di Terengganu di mana kita sendiri berdepan kesukaran beraksi di situ.

“Oleh itu, kita perlu bersedia secukupnya kerana jelas pasukan ini memiliki pemain serta jurulatih yang berkualiti,” katanya kepada KOSMO.

Pertembungan pada malam ini ibarat bayangan perlawanan akhir Piala FA 2023 setelah ke­dua pasukan berentap pada aksi final dijadualkan berlangsung pada 22 Julai ini.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan disifatkan sebagai pra final Piala FA itu, Solari memberitahu, sebarang keputusan dicatatkan malam ini bukanlah cerminan sebenar perlawanan akhir nanti.

“Ramai beranggapan perlawanan ini sebagai aksi ‘pra-final’ Piala FA 2023 nanti.

“Walau apapun keputusannya nanti, kita tetap menjalankan persediaan tapi menghadapi,” ujarnya. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

Identiti mangsa hilang insiden kepala air dikenal pasti

Guru rugi RM30,000 rantai emas diragut