in

Guru rugi RM30,000 rantai emas diragut

IMG 20230703 093028 800 x 500 pixel
Tangkap layar dari rakaman CCTV menunjukkan lelaki dipercayai suspek kes jenayah ragut di Mentakab, Temerloh, petang semalam - Gambar oleh Polis Temerloh

KUANTAN – Seorang guru mengalami kerugian kira-kira RM30,000 selepas menjadi mangsa jenayah ragut di Mentakab, dekat Temerloh, petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Roslee Omar berkata, suspek meragut seutas rantai emas dipakai mangsa di luar sebuah pasar raya di sini.

“Ketika kejadian, mangsa berusia 49 tahun bersama anaknya baru selesai membeli barangan di pasar raya terbabit.

“Ketika sedang berjalan ke arah kereta miliknya, mangsa dihampiri suspek yang menaiki motosikal dan meragut rantai emas dipakai mangsa.

“Mangsa dan anaknya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius,” katanya ketika melalui satu kenyataan media di sini, hari ini.

Roslee berkata, mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu jam 1.40 petang semalam di Balai Polis Temerloh.

Katanya, rantai emas milik mangsa adalah hadiah perkahwinan dan dimiliki mangsa sejak 25 tahun lalu.

“Kita sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan sekitar lokasi kejadian.

“Berdasarkan rakaman itu, suspek melakukan jenayah ragut berkenaan secara bersendirian dengan menaiki motosikal jenis Yamaha Y16, memakai topi keledar berwarna kelabu bersama cermin penutup atau visor gelap.

“Nombor pendaftaran motosikal dinaiki suspek bagaimanapun tidak jelas dalam rakaman itu,” katanya lagi.

Roslee memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230703 083838 800 x 500 pixel

Sekadar aksi pemanas badan

IMG 20230601 195846 6 x 4 inch

SPR mesyuarat Rabu ini bincang tarikh PRN