Oleh Hajidah Miharbi
KUALA LUMPUR, 13 Jun – Selebriti terkenal, Mizz Nina hari ini membuat kejutan kepada peminatnya dengan mengumumkan dirinya sudah menemui cinta baru dan selamat bernikah dengan Essam Muhammad
Perkongsian berkenaan dibuat melalui Instagram miliknya, kira-kira sejam yang lalu.
“Alhamdulillah, saya ingin berkongsi dengan anda semua yang saya telah bernikah pada suku kedua 2023 dengan suami tercinta, Essam Muhammad dalam satu majlis tertutup.
“Allah adalah sebaik perancang dan dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak, kami sudah melengkapkan seperti apa yang dituntut oleh agama,” katanya.
Meskipun tidak mengumumkan tarikh sebenar majlis pernikahannya, mengikut perkiraan suku tahun 2023 mungkin berlangsung pada bulan April, Mei atau Jun.
Mizz Nina juga memaklumkan bahawa majlis resepsinya akan diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur dalam waktu terdekat nanti.
Sebelum ini, Mizz Nina pernah berkahwin dengan penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh pada 2011 dan bercerai pada 2022.
Ramai rakan-rakan artis mengucapkan tahniah di atas berita gembira yang dikongsi Mizz Nina itu.
Antara yang menulis di komen Instagram milikbya ialah Ziana Zain, Shila Amzah, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan ramai lagi. – nasionalkini.my