in

Martial terlepas aksi final Piala FA

IMG 20230531 085446 6 x 4 inch scaled
Martial cedera selepas dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Fulham pada perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Ahad lalu - Gambar oleh Agensi

LONDON, 31 Mei – Penyerang Manchester United, Anthony Martial akan terlepas aksi final Piala FA menentang Manchester City Sabtu ini akibat masalah hamstring.

Pemain Perancis itu cedera selepas dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menentang Fulham pada perlawan terakhir Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Ahad lalu.

“Anthony Martial tidak dapat beraksi di final Piala FA menentang Manchester City pada Sabtu akibat kecederaan.

“Pemain Perancis itu cedera di bahagian hamstring ketika kemenangan 2-1 ke atas Fulham di Old Trafford.

“Pemeriksaan lanjut menunjukkan yang ototnya koyak dan pemain 27 tahun itu tidak dapat beraksi di Wembley,” kata United, dipetik dari AFP.

Martial menjaringkan sembilan gol dalam 29 penampilan untuk United musim ini tetapi dia dibelenggu beberapa siri kecederaan.

Hanya 11 daripada 21 penampilan liga menyaksikannya berada dalam kesebelasan utama, dan dia sebelum ini berharap dapat memulakan aksi di Wembley menentang City, yang memburu treble Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah. – nasionalkini.my

Keluarga dedah kisah Puteri Sarah

Sekutu Jho Low meninggal dunia