in

Klopp kena gantung 2 perlawanan, denda RM4.24 juta

20230519 123722
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp didapati bersalah mengkritik pengadil, Paul Tierney - Gambar oleh B&R Football

LONDON, 19 Mei – Jurgen Klopp digantung dua perlawanan dan didenda 75,000 pound (RM4.24 juta) oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris kerana mengkritik pengadil, Paul Tierney.

Pengendali Liverpool itu tidak akan berada di bangku simpanan untuk perlawanan terakhir musim ini selepas menuduh pengadil mempunyai agenda terhadap skuad Anfield itu, dan penggantungan seterusnya pada musim depan.

“Penggantungan untuk perlawanan pertama berkuat kuasa serta merta manakala satu lagi ditunda pada sehingga akhir musim 2023-24 dengan syarat dia tidak melanggar peraturan lagi,” kata jurucakap FA, dipetik dari Agensi.

Klopp mengakui tindakannya melampaui batas apabila mempersoal integriti pengadil, dan bersifat peribadi serta mencemar nama baik sukan.

Walaupun tidak akan berada di tepi padang untuk aksi menentang Aston Villa, Klopp akan kembali pada perlawanan terakhir musim ini menentang Southampton pada 28 Mei.

Klopp didakwa sehari selepas dia mendakwa Tierney mempunyai agenda terhadap pasukannya dengan memberikan keputusan berat sebelah – walaupun penjaring gol kemenangan Liverpool ke atas Spurs pada 30 April, Diogo Jota terlepas kad merah .

“Kami mempunyai sejarah dengan Tierney, saya tidak tahu apa masalah dia dengan kami. Dia kata tiada masalah tetapi itu seperti tidak benar,” kata Klopp.

Dalam kenyataan bertulisnya, Klopp meminta maaf di atas tuduhannya terhadap Tierney ketika sidang media selepas perlawanan.

“Saya meminta maaf di atas kenyataan saya selepas perlawanan. Walaupun tidak berniat begitu, ia kelihatan seperti saya mempersoalkan integriti Tierney. Perkataan yang saya gunakan tidak sesuai,” katanya. – nasionalkini.my

logo polis 2 1651832730

Mayat dengan kesan tembakan di kepala ditemui

IMG 20230519 WA0013

Pengasas tahfiz didakwa 3 lagi tuduhan jenayah seksual pelajar