in

Thiago kekal di Anfield

IMG 20230812 123820 800 x 500 pixel
Thiago Alcantara

LIVERPOOL, 12 Ogos – Liverpool tidak akan membenarkan Thiago Alcantara meninggalkan Anfield pada musim panas ini, Jurgen Klopp mengesahkan.

Laporan media Perancis pada awal minggu ini mengatakan, kelab Liga Pro Saudi, Al-Ahli membuat tawaran 12 juta euro (RM60.35 juta) untuk pemain tengah Sepanyol itu.

Bagaimanapun Liverpool mendakwa, tiada tawaran diterima dan pemain tengah itu adalah sebahagian daripada skuad selepas ketiadaan beberapa pemain tonggak pada musim panas ini.

Klopp mengesahkan perkara itu dalam sidang media menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris dengan Chelsea.

“Dia sedang berlatih, dia bertanyakan peranannya dan kami ada berbincang.

“Dia pemain yang sangat berpengalaman, menambah kualiti di bahagian itu.

“Dia baru seminggu berlatih bersama pasukan tetapi cukup lantang, dia akan banyak membantu kami,” kata Klopp.

Thiago bagaimanapun mungkin tidak akan diturunkan pada aksi pertama liga musim ini di Stamford Bridge kerana baru pulih daripada kecederaan.

Pembedahan ke atas kecederaan pinggul yang membelenggu Thiago menghalangnya daripada menamatkan saingan di akhir musim lalu, dan kini dia kembali mencapai tahap kecergasan sepenuhnya.

Pengalaman dan kepimpinannya di atas padang akan menjadikan Thiago antara tonggak utama Liverpool musim ini selepas ketiadaan beberapa pemain berpengalaman.- nasionalkini.my

IMG 20230812 111825 800 x 500 pixel

OKU tak lepas peluang pilih wakil rakyat

IMG 20230812 125142 800 x 500 pixel

Agong, Permaisuri berangkat ke istiadat pentauliahan Tengku Ahmad Ismail