in

KL City – Negeri Sembilan sekadar seri

IMG 20230715 213517 800 x 500 pixel
Aksi hambar kedua pasukan menyaksikan kedudukan terikat 1-1 hingga tamat perlawanan - Gambar oleh MFL

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Masih banyak perlu dilakukan KL City FC menjelang aksi final Piala FA 2023 selepas mereka terikat 1-1 menentang Negeri Sembilan FC NSFC pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, petang tadi.

Meskipun tuan rumah berjaya mendahului dan hampir membawa pulang tiga mata, namun kealpaan minit akhir menjadi punca skuad bimbingan Bojan Hodak kempunan meraih mata penuh.

Keputusan itu juga menyaksikan mereka gagal meraih sebarang kemenangan dalam empat aksi terakhir dan mereka jelas perlu memperbaiki kelemahan sebelum berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim JDT pada final di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu depan.- nasionalkini.my

IMG 20230715 211953 800 x 500 pixel

NGO anjur kursus pengurusan jenazah

IMG 20230715 230854 800 x 500 pixel

Sabah kenduri gol di Likas