in

Jodoh De Gea – Manchester United berakhir

David De Gea

MANCHESTER, 8 Julai – Selepas lebih 10 tahun bersama Manchester United, penjaga gol utama pasukan itu, David De Gea mengumumkan akan meninggalkan Old Trafford.

Melalui hantaran di laman sosial Facebook miliknya petang tadi, pemain itu memaklumkan tugasnya di Manchester United sudah ‘selesai’.

“Terima kasih kepada semua pemain, penyokong dan pengurusan Manchester United selama 12 tahun bersama anda.

“Sejak menyertai The Red Devils ketika era Sir Alex Ferguson, saya mempunyai banyak kenangan dan pengalaman menarik di sini.

“Diharapkan skuad ini terus berjaya pada masa akan datang,” katanya lapor Agensi.

De Gea tampil dalam 545 aksi sepanjang bersama United.

Dia juga memegang rekod 147 penampilan tanpa bolos dan memenangi lapan piala bersama skuad itu.

Pengendali Manchester United, Erik ten Hag dalam kenyataan rasmi pula memaklumkan, De Gea akan sentiasa dikenang sebagai seorang penjaga gol yang hebat.

“Tidak dapat dinafikan De Gea adalah antara penjaga gol terbaik dalam sejarah kelab ini,” katanya. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

scammer online resize

Diperdaya ‘phone scam’ wanita kerugian RM217,000

Penang ‘belasah’ Kelantan