KUALA LUMPUR, 9 Julai – Penang menambah derita Kelantan apabila meraih kemenangan 4-3 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, malam tadi.
Kelantan yang berada di kedudukan tercorot mencipta kejutan apabila mendahului menerusi jaringan Harith Akif Shahar hanya selepas 10 minit perlawanan bermula.
Kedudukan itu hanya bertahan sembilan minit susulan Hadin Azman menyamakan kedudukan buat Penang sebelum pemain itu meledak gol kedua pada minit ke-30.
Rafael Vitor menggandakan kedudukan Penang dengan menjaringkan gol pada minit ke-41, namun kedudukan berubah lagi selepas Natanael Ringo menyumbat gol kedua Kelantan dalam masa kecederaan babak pertama, lapor BH.
Hanya seminit selepas bersambung babak kedua, Harith Akif berjaya menyamakan kedudukan buat The Red Warriors.
Alif Ikmalrizal muncul wira Penang apabila meledak gol kemenangan pasukannya ketika permainan berbaki enam minit, sekali gus menyaksikan Kelantan mengalami kekalahan ke-13 musim ini.- nasionalkini.my
BERITA BERKAITAN