in

BWF tolak idea Chong Wei

20230513 095601
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Hoyer tidak bersetuju dengan cadangan mengurangkan jumlah kejohanan dalam kalendar penganjuran badan sukan itu.

Sebaliknya, beliau berkata, apa yang perlu dilakukan BWF ialah mewujudkan sistem kejohanan “ladder” dengan menyusun semula semua pertandingan mengikut keutamaan.

“Pada pandangan saya, kita sudah kukuh dan boleh mulakan perbincangan kejohanan mana perlu diberikan keutamaan dan kejohanan mana diletakkan dalam tier dua dan ketiga. Saya juga percaya ini akan menyediakan generasi muda untuk benar-benar mendapat pendapatan.

“Saya rasa kita patut bincang bagaimana kita boleh laksanakan (sistem) ‘ladder’ dan fokus. Saya tidak mahu mengurangkan kejohanan, saya mahu membuat lebih banyak kejohanan supaya kita boleh membuat sistem ‘ladder’ itu, itu yang saya percaya,” katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam tadi, lapor Bernama.

Beliau menjawab soalan bekas pemain perseorangan negara, Lee Chong Wei yang mencadangkan BWF mengurangkan jumlah kejohanan dalam setahun, jika mahu melahirkan pemain berkualiti seperti Lin Dan dari China.

Hoyer berkata, Chong Wei bukan bekas pemain pertama yang mencadangkan perkara itu.

“Kita juga mahu mendengar pendapat pemain berpengalaman lain,” kata Hoyer yang memenangi pingat emas perseorangan lelaki pada Olimpik Atlanta 1996.

Terdahulu, Hoyer menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Badminton Asia, BAM dan Akademi Badminton Malaysia (ABM).

MoU itu ditandatangani Presiden Badminton Asia, Kim Jong Soo and Presiden BAM, Mohamad Norza Zakaria. – nasionalkini.my

3 maut kemalangan 2 kenderaan

20230527 152930 scaled

Guru rugi RM137,000 lepas terima panggilan telefon